Sekarang ni dah pun masuk bulan Rabiul Awal..
Bulan di mana Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
Jadi kat sini saya nak berkongsi satu perkara mengenai selawat..
Selawat ke atas Nabi junjungan kita ni pendek je..
bila-bila pun boleh bce..
mase tunggu keretapi ke.. bas ke.. teksi ke..ktm ke.. (ktm ngan keretapi same je la kan??)
sepatutnya kita boleh bace tetiap hari..
bukan dalam solat je tapi kat mane2 pun kita berada..
kita nak tunjukkan rasa sayang kita kat Nabi kan??
macam mane?? dengan berselawat lah!! ^_^
(ece mcm ustazah norbahiyah tak?? )
Dalam Al-quran sendiri dah tercatat Allah dan para malaikat pun memberi penghormatan kepada Nabi..
Ini kan pulak kita manusia biasa weyh..
Tak caye???
cube try bace surah Al-ahzab ayat 56 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan pernghormatan yang sepenuhnya"
So kat sini, takde sebab kenapa kita taknak berselawat kepada Nabi kan?? kan?? kan??
bila kita dah berselawat, Allah akan memberi kita ganjaran..
ada hadis sahih yang kukuhkan penyataan di atas..
cube cari hadis ni..
maksud dia
"Daripada Abdullah bin Amru bin Alaas (العاص) r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
'Sesiapa yang berselawat untukku sekali, Allah akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali'
Diriwayatkan oleh Muslim"
Hah! skang cuba kira kalau sehari kita bce selawat 10 kali berapa kita dapat??
dah 100 rahmat kita dapat daripada Allah..
cube bace 1000 kali.. hah.. ribu-ribu lemon kita dapat..
heheh.. *Pak cik kayo!!*
Jadi kat sini peringatan juga kat saya sendiri..
yela nak ajak orang berselawat tetiap hari.. saya pun kena buat dulu kan *InsyaAllah*
Jadi marilah kita sama-sama berselawat tanda kasih dan sayang kita kepada baginda..
Salam Maulidur Rasul!!
dan Selamat beramal!! ^_^
Current Mood: Hepi2.. ^_^
Current Song: Selawat la~
No comments:
Post a Comment