Friday, October 3, 2014

Kuching, Sarawak - Road Trip 2

Assalamulaikum wbt..
Kali ni nak cerita tempat lain yang kteorg pergi dan hotel yang kami duduk..

Kami duduk kat Lime Tree Hotel..
Dia betul-betul tepi jalan.. tapi servis mmg terbaik!!
Sebab saya booking through online je..
tapi respon sgt cepat.. suka la..
bilik mmg terbaik.. kemas.. saya bagi 4 bintang ****
Untuk famili sangat selesa.. Harga kalau book kat agoda mampu la jugak.. tgk bilik apa yang kta nak..

The Lime Tree Hotel

Antara tempat-tempat yang kami pergi sepanjang 2 hari kat Kuching ni adalah Kuching Waterfront, Pasar Satok, Orang Utan sanctuary, Rumah Panjang Annah Rais, pusing-pusing bandar Kuching.. yang penting seronok!! ^_^

Kalau jalan malam-malam area waterfront ni memang terbaik!! Cantik ooii!


Naik bot nak ke seberang sana.. nak makan kat tepi sungai..


mee tsunami

nasi goreng tsunami

chili crab version kuching.. double thumbs up!

Ni memang kne try, laksa sarawak..
 Kelazatan makanan2 ni memang terbaik.. tapi jgn lupa try mee kolok jugak.. xde plak gambar mee kolok tu.. hehehe.. Kat Kuching ni kena pandai pilih kedai makan ye sebab tak sume Islam.. bg tips sikit.. ^_^

Ni plak Rumah Panjang Annah Rais.. rumah panjang ni didiami orang bidayuh.. kat Kuching kan ada macam2 etnik.. tapi kalau g Sarawak tapi tak g rumah panjang macam tak lengkap la kan trip tu.. utk bayaran masuk sorang RM 8 (Mei 2014).. tapi kanak-kanak tak sure plak berapa..
Kebetulan masa kteorg datang tu diorang tgh buat persiapan utk hari Gawai, memang meriah la..






Lada hitam tgh dijemur..

ni rumah kepala atau Panggah






Pastu kami pergi Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh.. Best, boleh tgk orang utan live! ^_^ Bayaran masuk hanya RM 5.. tapi dia ada waktu lawatan antara 8.30 pagi - 12 .00 tengah hari dan 2.00 hingga 4.00 petang.. Sebab waktu ni orang utan tu keluar untuk makan..







Maka tu jela perjalanan kami sepanjang 2 hari 1 malam kat Kuching ni.. sambil nak tunggu flight balik semenanjung, kami jalan2 lagi cari makanan kat area Pasar Satok..

balik dengan view ni.. memang superb! belakang tu Gunung Santubong!
That's the end of our wonderful trip!!

p/s: entri ni patut update 2 bulan lepas.. tapi malas.. maafkan saya..

current music: Jung joon young - Teenager

Thursday, July 3, 2014

Short Trip to Kuching,Sarawak

Assalamualaikum wbt,

Maka perjalanan yang pendek selama 2 hari 1 malam ke Kuching,Sarawak bermula pada 30 - 31 Mei 2014 yang lepas..

Ayat karangan UPSR sangat.. heheh..
Btw, hujung bulan 5 haritu kteorg satu keluarga pegi jalan2 kat Kuching kejap..
sebab ayah saya pernah mengajar kat sana dalam 5 tahun, jadi boleh la tunjuk jalan jugak kat sana (walaupun khidmat waze banyak gak digunakan.. hehehe..)

First flight dari KL - Kuching.. zzZzz
Welcome to Sarawak!!
Dah sampai Kuching, kteorg tunggu org kereta sewa datang..
Perkhidmatan ok not bad.. siap boleh buat online lagi.. baik brother tu.. *thumbs up*
http://www.keretasewadikuching.com.my/ ni website dia.. sehari sebelum kita datang dia akan call utk confirmation..

Disebabkan kteorg sampai awal, tak boleh nak check in lagi, kteorg jalan-jalan la area bandar ni sambil tgk kawasan yang ayah saya pernah lepak dulu.. Kebanyakan bangunan lama kat sini.. tapi mmg cantik la tempat dia.. Kuching waterfront pon cantik gak.. malam lagi cantik!!




Sempat la singgah beli kek lapis sarawak.. mula-mula ayah saya cakap nama kedai tu saleha.. penat cari rupa-rupanya nama dia Dayang Salhah.. Kedai dia kat Kampung Gersik.. betul-betul depan Sg Sarawak tu.. boleh naik kereta ataupun naik bot seberang sungai tu.. 50 sen je sorg kalau naik bot (Mei 2014)..
Sinilah kedai kek lapis sarawak Dayang Salhah tu..

Dah sampai Kuching haruslah bergambar depan patung kucing ni kan.. heheh..




aku sorang je cam excited lebih dalam gambar ni.. =.="

Ni bangunan parlimen baru Kuching.. *kot*
Next entry nak cite pasal hotel kteorg dgn tempat2 yang kteorg pegi jgk..
^_^

Current song: Jung Joon Young  ft Younha - Just the way you are

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru



Thanking teachers that had teach me from kindergarten till now..
Still hoping for guidance in this life..
Thanking my parents, friends, people around for for teaching me what life is..
Experience shaped the way I am today..
Thank you..


Current Song: Terima Kasih Guru  

Saturday, April 12, 2014

Some


credit video: youtube

Tuesday, March 25, 2014

Pray For Them



Current Song - Jackie Chan & Kim Hee Son_ Endless Lov

Thursday, February 13, 2014

MugShot Cafe

Assalamualaikum!!

Entri ni nak cite pasal satu cafe yang aku pergi masa g Penang bulan 12 taun lepas..
Cafe ni kawan aku yg pernah g sne cadangkan..
Bagi aku cafe ni sgt nice, simple and cool!!
Peminat yogurt dan kopi boleh la try.. dan ada tempat untuk bergambar!!!
Mugshot Cafe ni memang tepi jalan.. Signboard kedai pon xnampak sgt..
Tapi saya suka interior design dia sgt2!! ^_^












So sape2 yg nak pegi Penang tu perlu pergi cafe ini ok!!
Alamat dia no 302, Chulia Street, Georgetown.. 
Enjoy!!

p/s: waiter dia hensem2. heheh.. *peace*

Current mood: ^_^
Current song: Pink - True Love

Saturday, January 11, 2014

Road trip to Penang - 2

Assalamualaikum semua!!
Ini entri kedua pasal kami jalan2 kat Penang.. First entry boleh klik kat sini ye..

Haritu dah janji nak citer pe yang kami2 buat kat Georgetown kan..
Kat Georgetown hari ni tema perjalanan ni dipanggil Wall Arts Hunting!!
Sebab kami jalan kaki je sepanjang pemburuan ni sebab kawasan dia mmg boleh jalan kaki.

Ok, kita start dari turun je feri kat Jeti Georgetown tu ataupun nama dia Weld Quay Port.
turun ni ikut je semua orang kat situ dan menyeberangi jejantas untuk ke jalan sebelah.

Weld Quay Port, Georgetown, Penang


Then, the hunting began!!

Ini peta untuk tengok kat mana lukisan dan wall arts besi ada.. very useful.. maaf link lupa ambil kat mne..

Ini pula peta kawasan 'heritage zone' yang boleh dilawati.. terbaek~
















Ini antara lukisan dan wall arts yang kami jumpa and dpt tngkp gambar bersama sebab ramai orang sangat.. Tapi yang penting seronok sanggaaatt jalan2!!
Perjalanan kami untuk round jalan2 ni ambil masa dalam 3 jam jugak la.. Ni dah masuk minum pagi punya masa.. kalau rasa penat berjalan, kat area ni banyak jugak kedai yang menyewa basikal.. macam2 jenis basikal ada.. Seronok!!
Nak tau tak kami minum kat mana?? Kat Mugshot Cafe!!
So next entri boleh la cite pasal Mugshot Cafe ni.. ^_^

Current mood: Freedom!!
Current Song :Preety Ugly_ Jika diberikan ku satu peluang