Thursday, July 3, 2014

Short Trip to Kuching,Sarawak

Assalamualaikum wbt,

Maka perjalanan yang pendek selama 2 hari 1 malam ke Kuching,Sarawak bermula pada 30 - 31 Mei 2014 yang lepas..

Ayat karangan UPSR sangat.. heheh..
Btw, hujung bulan 5 haritu kteorg satu keluarga pegi jalan2 kat Kuching kejap..
sebab ayah saya pernah mengajar kat sana dalam 5 tahun, jadi boleh la tunjuk jalan jugak kat sana (walaupun khidmat waze banyak gak digunakan.. hehehe..)

First flight dari KL - Kuching.. zzZzz
Welcome to Sarawak!!
Dah sampai Kuching, kteorg tunggu org kereta sewa datang..
Perkhidmatan ok not bad.. siap boleh buat online lagi.. baik brother tu.. *thumbs up*
http://www.keretasewadikuching.com.my/ ni website dia.. sehari sebelum kita datang dia akan call utk confirmation..

Disebabkan kteorg sampai awal, tak boleh nak check in lagi, kteorg jalan-jalan la area bandar ni sambil tgk kawasan yang ayah saya pernah lepak dulu.. Kebanyakan bangunan lama kat sini.. tapi mmg cantik la tempat dia.. Kuching waterfront pon cantik gak.. malam lagi cantik!!




Sempat la singgah beli kek lapis sarawak.. mula-mula ayah saya cakap nama kedai tu saleha.. penat cari rupa-rupanya nama dia Dayang Salhah.. Kedai dia kat Kampung Gersik.. betul-betul depan Sg Sarawak tu.. boleh naik kereta ataupun naik bot seberang sungai tu.. 50 sen je sorg kalau naik bot (Mei 2014)..
Sinilah kedai kek lapis sarawak Dayang Salhah tu..

Dah sampai Kuching haruslah bergambar depan patung kucing ni kan.. heheh..




aku sorang je cam excited lebih dalam gambar ni.. =.="

Ni bangunan parlimen baru Kuching.. *kot*
Next entry nak cite pasal hotel kteorg dgn tempat2 yang kteorg pegi jgk..
^_^

Current song: Jung Joon Young  ft Younha - Just the way you are

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru



Thanking teachers that had teach me from kindergarten till now..
Still hoping for guidance in this life..
Thanking my parents, friends, people around for for teaching me what life is..
Experience shaped the way I am today..
Thank you..


Current Song: Terima Kasih Guru  

Saturday, April 12, 2014

Some


credit video: youtube

Tuesday, March 25, 2014

Pray For Them



Current Song - Jackie Chan & Kim Hee Son_ Endless Lov

Thursday, February 13, 2014

MugShot Cafe

Assalamualaikum!!

Entri ni nak cite pasal satu cafe yang aku pergi masa g Penang bulan 12 taun lepas..
Cafe ni kawan aku yg pernah g sne cadangkan..
Bagi aku cafe ni sgt nice, simple and cool!!
Peminat yogurt dan kopi boleh la try.. dan ada tempat untuk bergambar!!!
Mugshot Cafe ni memang tepi jalan.. Signboard kedai pon xnampak sgt..
Tapi saya suka interior design dia sgt2!! ^_^












So sape2 yg nak pegi Penang tu perlu pergi cafe ini ok!!
Alamat dia no 302, Chulia Street, Georgetown.. 
Enjoy!!

p/s: waiter dia hensem2. heheh.. *peace*

Current mood: ^_^
Current song: Pink - True Love

Saturday, January 11, 2014

Road trip to Penang - 2

Assalamualaikum semua!!
Ini entri kedua pasal kami jalan2 kat Penang.. First entry boleh klik kat sini ye..

Haritu dah janji nak citer pe yang kami2 buat kat Georgetown kan..
Kat Georgetown hari ni tema perjalanan ni dipanggil Wall Arts Hunting!!
Sebab kami jalan kaki je sepanjang pemburuan ni sebab kawasan dia mmg boleh jalan kaki.

Ok, kita start dari turun je feri kat Jeti Georgetown tu ataupun nama dia Weld Quay Port.
turun ni ikut je semua orang kat situ dan menyeberangi jejantas untuk ke jalan sebelah.

Weld Quay Port, Georgetown, Penang


Then, the hunting began!!

Ini peta untuk tengok kat mana lukisan dan wall arts besi ada.. very useful.. maaf link lupa ambil kat mne..

Ini pula peta kawasan 'heritage zone' yang boleh dilawati.. terbaek~
















Ini antara lukisan dan wall arts yang kami jumpa and dpt tngkp gambar bersama sebab ramai orang sangat.. Tapi yang penting seronok sanggaaatt jalan2!!
Perjalanan kami untuk round jalan2 ni ambil masa dalam 3 jam jugak la.. Ni dah masuk minum pagi punya masa.. kalau rasa penat berjalan, kat area ni banyak jugak kedai yang menyewa basikal.. macam2 jenis basikal ada.. Seronok!!
Nak tau tak kami minum kat mana?? Kat Mugshot Cafe!!
So next entri boleh la cite pasal Mugshot Cafe ni.. ^_^

Current mood: Freedom!!
Current Song :Preety Ugly_ Jika diberikan ku satu peluang

Tuesday, December 17, 2013

Road to Pulau Pinang/ Penang - 1

Assalamualaikum..
 
Kami 3 org pi Penang.. Hajat dihati nak tengok tempat orang..
Hahah.. enough.. Aku x reti nak cakap utagha ok..
Percutian 4 hari 3 malam ni bagi aku sangat best!! *time kasih kpd housemate tercinta, sponsor tmpt tnggl*

Kteorg gerak dari Bangi lepas makan tengah hari..
sampai kat area Kepala Batas dalam kol 6.30 ptg..
Kteorg dok kat Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas..
Betul2 kat pekan.. Nice.. Kalau setakat nak tido lena tak dak hal la..
Check-in.. rehat2 jap.. Pas maghrib kami mula memburu makanan Penang..
Malam 1st, kteorg bedal Char Kuew Teow Permatang Pauh..
Nama kedai tu Char Kuey Teow Adam..
Sedap bak hang!!

Hari Kedua

Sebelah Hotel Seri Malaysia ni betul2 stesen bas Kepala Batas..
So nak gerak senang.. tp kekerapan bas RapidPenang ni 40 minit sekali..
tak banyak la..
Hari ni kami berdua *dua je sbb lg sorg kne pi keje.. hohoh* nak buat operasi cari Wall Art Painting kat Georgetown.. So nek bas dari Kepala Batas ke Terminal Feri dalam RM2.70 sorang..
tapi depa tak panggil Terminal Feri.. gelak kan kami.. depa panggil Penang Sentral.. baru khelaih.. heheh..
Perjalanan amek masa dalam 1 jam.. sebab depa pusing2 Kepala Batas dulu..

Sila naik bas no 601 dari Kepala Batas ke Penang Sentral
Sampai je kat Terminal Feri tu, ikot laluan pejalan kaki ntok ke kaunter bayaran naik feri..
Nak masuk ni kena bayar pakai duit syiling lama.. yang baru dia tak terima.. 
maka mereka sediakan kaunter ntok tukar syiling siap2.. baguih no..
seorang hanya seringgit dua kupang ja.. (RM1.20)
murah kan.. >.<

Semasa kami pi sana, feri ada setiap 15 minit.. tak lama la nak menunggu kan..
Perjalanan dari terminal Butterworth ke terminal Georgetown tu pon cuma 15 minit sahaja.. 

Dalam Feri!!

Pemandangan dari feri.. nampak jmbtn ni kot!! *excited*


Ok.. ni baru nak gerak ke Georgetown.. Next entri nak citer pe yg kami buat kat Georgetown tu k..
^_^

Current mood: Excited + Sleepy
Current song: Jung Joon Young _ Take off Mask