Maka perjalanan yang pendek selama 2 hari 1 malam ke Kuching,Sarawak bermula pada 30 - 31 Mei 2014 yang lepas..
Ayat karangan UPSR sangat.. heheh..
Btw, hujung bulan 5 haritu kteorg satu keluarga pegi jalan2 kat Kuching kejap..
sebab ayah saya pernah mengajar kat sana dalam 5 tahun, jadi boleh la tunjuk jalan jugak kat sana (walaupun khidmat waze banyak gak digunakan.. hehehe..)
First flight dari KL - Kuching.. zzZzz |
Welcome to Sarawak!! |
Perkhidmatan ok not bad.. siap boleh buat online lagi.. baik brother tu.. *thumbs up*
http://www.keretasewadikuching.com.my/ ni website dia.. sehari sebelum kita datang dia akan call utk confirmation..
Disebabkan kteorg sampai awal, tak boleh nak check in lagi, kteorg jalan-jalan la area bandar ni sambil tgk kawasan yang ayah saya pernah lepak dulu.. Kebanyakan bangunan lama kat sini.. tapi mmg cantik la tempat dia.. Kuching waterfront pon cantik gak.. malam lagi cantik!!
Sempat la singgah beli kek lapis sarawak.. mula-mula ayah saya cakap nama kedai tu saleha.. penat cari rupa-rupanya nama dia Dayang Salhah.. Kedai dia kat Kampung Gersik.. betul-betul depan Sg Sarawak tu.. boleh naik kereta ataupun naik bot seberang sungai tu.. 50 sen je sorg kalau naik bot (Mei 2014)..
Sinilah kedai kek lapis sarawak Dayang Salhah tu.. |
Dah sampai Kuching haruslah bergambar depan patung kucing ni kan.. heheh.. |
aku sorang je cam excited lebih dalam gambar ni.. =.=" |
Ni bangunan parlimen baru Kuching.. *kot* |
^_^
Current song: Jung Joon Young ft Younha - Just the way you are