Monday, October 13, 2014

Singapura: Hari 1

Last minute plan nak pergi jalan-jalan Singapore ni..
Saya dan kawan saya buat keje gila pergi 2 hari 1 malam.. 
Pergi naik first flight AirAsia sebab dia murah time tu..


Sampai Changi International Airport, terus sarapan sebab nak jalan-jalan sebelum check-in hotel..
Kteorg cari stesen MRT Changi kat Terminal 2.. Beli Singapore tourist pass plus untuk 2 hari senang.. sebab kad ni macam Touch N Go tapi unlimited untuk 2 hari.. Kau naiklah MRT/bas sampai lebam 2 hari tu.. xyah nak fikir duit tambang sepanjang berjalan-jalan kat Singapore ni.. Harga SGD 26 je.. disebabkan kteorg beli yang Plus adalah tambahan dapat naik bas Hop in Hop out dan RiverTaxi, bot jalan-jalan area tourist spot selama 24 jam.. Nice la.. Berbaloi dgn harga untuk 2 hari.. tapi untuk bot korg kne tebus tiket dulu, kalau bas tu tunjuk pass tu lepas dah..



Bila dah setel sume, kteorg gerak dari Chnagi pergi Stesen Bayfront, nak pergi The Gardens of the Bay. Sini macam taman bunga la.. tapi lagi nice.. untuk pencinta alam sila pergi sini ye.. taman kat luar tu free je boleh jalan-jalan.. tapi kalau nak masuk dome dia kena bayar.. tapi kawan saya dah booked kan tiket ni sebelum datang so tunjuk je tiket tu..










Lepas tu, kteorg naik bas hop in jalan2 pusing area Marina tu.. pastu berhenti kat area Clarke Quay nak g check in hotel.. kteorg booked capsule hotel je sbb murah utk satu malam.. nama hotel tu Woke Home Capsule Hotel.. Nice la untuk backpackers.. lepas dah rehat jap, kteorg sambung jalan area Little India, Arab street ngan Bugis.. Kat Arab street ada masjid, so solat dan makan kat situ..
Lepas tu, baru pergi Marina Bay Sand Skypark dgn Merlion Park.. Pemandangan sangat superb dari atas.. Balik Clarke Quay, naik RiverTaxi, lepak-lepak kat Riverside dulu sebelum balik hotel tido..



Permandangan dari atas Skypark tu.. terbaik!!

Persembahan Laser.. (nyaris2 kteorg nak turun dah masa ni.. hehehe..)




Permandangan dari area Merlion Park..

Sekian saja aktiviti hari pertama kteorg kat Singapore, next entri saya nak cte satu hari di USS..
woohoo!! hehehe..

Current song: Magic! - Rude



Friday, October 3, 2014

Kuching, Sarawak - Road Trip 2

Assalamulaikum wbt..
Kali ni nak cerita tempat lain yang kteorg pergi dan hotel yang kami duduk..

Kami duduk kat Lime Tree Hotel..
Dia betul-betul tepi jalan.. tapi servis mmg terbaik!!
Sebab saya booking through online je..
tapi respon sgt cepat.. suka la..
bilik mmg terbaik.. kemas.. saya bagi 4 bintang ****
Untuk famili sangat selesa.. Harga kalau book kat agoda mampu la jugak.. tgk bilik apa yang kta nak..

The Lime Tree Hotel

Antara tempat-tempat yang kami pergi sepanjang 2 hari kat Kuching ni adalah Kuching Waterfront, Pasar Satok, Orang Utan sanctuary, Rumah Panjang Annah Rais, pusing-pusing bandar Kuching.. yang penting seronok!! ^_^

Kalau jalan malam-malam area waterfront ni memang terbaik!! Cantik ooii!


Naik bot nak ke seberang sana.. nak makan kat tepi sungai..


mee tsunami

nasi goreng tsunami

chili crab version kuching.. double thumbs up!

Ni memang kne try, laksa sarawak..
 Kelazatan makanan2 ni memang terbaik.. tapi jgn lupa try mee kolok jugak.. xde plak gambar mee kolok tu.. hehehe.. Kat Kuching ni kena pandai pilih kedai makan ye sebab tak sume Islam.. bg tips sikit.. ^_^

Ni plak Rumah Panjang Annah Rais.. rumah panjang ni didiami orang bidayuh.. kat Kuching kan ada macam2 etnik.. tapi kalau g Sarawak tapi tak g rumah panjang macam tak lengkap la kan trip tu.. utk bayaran masuk sorang RM 8 (Mei 2014).. tapi kanak-kanak tak sure plak berapa..
Kebetulan masa kteorg datang tu diorang tgh buat persiapan utk hari Gawai, memang meriah la..






Lada hitam tgh dijemur..

ni rumah kepala atau Panggah






Pastu kami pergi Pusat Pemuliharaan Orang Utan, Semenggoh.. Best, boleh tgk orang utan live! ^_^ Bayaran masuk hanya RM 5.. tapi dia ada waktu lawatan antara 8.30 pagi - 12 .00 tengah hari dan 2.00 hingga 4.00 petang.. Sebab waktu ni orang utan tu keluar untuk makan..







Maka tu jela perjalanan kami sepanjang 2 hari 1 malam kat Kuching ni.. sambil nak tunggu flight balik semenanjung, kami jalan2 lagi cari makanan kat area Pasar Satok..

balik dengan view ni.. memang superb! belakang tu Gunung Santubong!
That's the end of our wonderful trip!!

p/s: entri ni patut update 2 bulan lepas.. tapi malas.. maafkan saya..

current music: Jung joon young - Teenager

Thursday, July 3, 2014

Short Trip to Kuching,Sarawak

Assalamualaikum wbt,

Maka perjalanan yang pendek selama 2 hari 1 malam ke Kuching,Sarawak bermula pada 30 - 31 Mei 2014 yang lepas..

Ayat karangan UPSR sangat.. heheh..
Btw, hujung bulan 5 haritu kteorg satu keluarga pegi jalan2 kat Kuching kejap..
sebab ayah saya pernah mengajar kat sana dalam 5 tahun, jadi boleh la tunjuk jalan jugak kat sana (walaupun khidmat waze banyak gak digunakan.. hehehe..)

First flight dari KL - Kuching.. zzZzz
Welcome to Sarawak!!
Dah sampai Kuching, kteorg tunggu org kereta sewa datang..
Perkhidmatan ok not bad.. siap boleh buat online lagi.. baik brother tu.. *thumbs up*
http://www.keretasewadikuching.com.my/ ni website dia.. sehari sebelum kita datang dia akan call utk confirmation..

Disebabkan kteorg sampai awal, tak boleh nak check in lagi, kteorg jalan-jalan la area bandar ni sambil tgk kawasan yang ayah saya pernah lepak dulu.. Kebanyakan bangunan lama kat sini.. tapi mmg cantik la tempat dia.. Kuching waterfront pon cantik gak.. malam lagi cantik!!




Sempat la singgah beli kek lapis sarawak.. mula-mula ayah saya cakap nama kedai tu saleha.. penat cari rupa-rupanya nama dia Dayang Salhah.. Kedai dia kat Kampung Gersik.. betul-betul depan Sg Sarawak tu.. boleh naik kereta ataupun naik bot seberang sungai tu.. 50 sen je sorg kalau naik bot (Mei 2014)..
Sinilah kedai kek lapis sarawak Dayang Salhah tu..

Dah sampai Kuching haruslah bergambar depan patung kucing ni kan.. heheh..




aku sorang je cam excited lebih dalam gambar ni.. =.="

Ni bangunan parlimen baru Kuching.. *kot*
Next entry nak cite pasal hotel kteorg dgn tempat2 yang kteorg pegi jgk..
^_^

Current song: Jung Joon Young  ft Younha - Just the way you are

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru



Thanking teachers that had teach me from kindergarten till now..
Still hoping for guidance in this life..
Thanking my parents, friends, people around for for teaching me what life is..
Experience shaped the way I am today..
Thank you..


Current Song: Terima Kasih Guru  

Saturday, April 12, 2014

Some


credit video: youtube

Tuesday, March 25, 2014

Pray For Them



Current Song - Jackie Chan & Kim Hee Son_ Endless Lov